Wednesday, 19 October 2011

UTUSAN MALAYSIA - BICARA AGAMA

ARKIB : 13/04/2001
Nama parti cemarkan imej Islam

Nama parti cemarkan imej Islam

Oleh: NIHAZ MOHD. YUSOFF (nihaz@post.com)
Tahniah diucapkan kepada PAS kerana mendapat perkenan untuk terus menggunakan nama Islam bagi parti mereka. Walaupun mereka perlu berhati-hati agar tidak menyalahgunakan nama agama dalam aktiviti politik mereka sekarang, mereka telah lama dan akan terus mengaut keuntungan daripada penyalahgunaan nama agama itu sebelum ini. Pas tahu, bahawa bukannya mudah untuk diambil tindakan terhadap penyalahgunaan nama agama dalam politik lebih-lebih lagi di bawah pemerintahan Perdana Menteri yang begitu toleran dan berlembut dengan pembangkang. Jarang sekali masalah dan kerosakan yang ditimbulkan pembangkang mendapat tindak balas yang keras dari kerajaan.
Sebenarnya nama Islam yang ada pada Pas bukan sahaja menjadi punca sembahyang dua imam, tidak cukup jemaah untuk sembahyang Jumaat, pergaduhan di masjid, perceraian serta lain-lain masalah perpecahan, malah ia juga telah mengakibatkan masalah dan kerosakan lain di dalam masyarakat Islam di Malaysia.
Dengan adanya nama Islam pada Pas, maka setiap perbuatan mereka akan secara tak langsung seolah-olah melambangkan Islam. Tidaklah menjadi hal jika mereka dapat memastikan setiap perbuatan dan percakapan mereka baik belaka. Tetapi, apa yang kita dapati adalah sebaliknya. Maka, apabila mereka mencarut, orang kafir akan menyatakan seorang dari parti Islam yang bercakap begitu. Apabila mereka menghentak meja, menjerit dan memaki, orang akan berkata, seorang dari parti Islam yang berbuat begitu. Apabila negeri di bawah pemerintahan mereka kotor, miskin dan mundur, orang akan berkata itulah negeri Serambi Mekah yang di perintah oleh sebuah parti Islam.
Ada juga penyokong-penyokong kuat Pas yang menjadikan parti itu sebagai alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab bekerja dan rumah tangga.
Golongan ini adalah golongan yang malas memikul tanggungjawab tetapi di masa yang sama tidak mahu dilihat sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini sebenarnya tidak ada bezanya dengan mereka yang melepak di pusat-pusat membeli-belah atau mereka yang ke hulu ke hilir mengikut mat-mat motor menghabiskan masa tanpa tujuan. Bezanya hanyalah penyokong-penyokong Pas ini melepak di kedai-kedai kopi dan ke hulu ke hilir mengikut penceramah Pas tanpa tujuan. Apa yang menguntungkan adalah, mereka tidak dihina sebagai kaki lepak atau mat motor tetapi disanjung sebagai pejuang Islam hanya kerana memakai serban dan ke sana ke mari mengikut penceramah Pas.
Semuanya adalah kerana adanya nama Islam pada parti itu.
Bukanlah kita ingin berhujah bahawa perpecahan dan sikap lari daripada tanggungjawab ini tidak akan berlaku jika Pas tidak menggunakan nama Islam.
Apa yang ingin ditekankan adalah sekiranya Pas tidak mengguna pakai nama Islam pada parti mereka, maka sekurang-kurangnya masalah dan kerosakan itu tidaklah dikaitkan dengan Islam atau perjuangan Islam.
Pemimpin-pemimpin Pas, pada dasarnya masih tidak dapat meraih rasa hormat di kalangan masyarakat terhadap pendirian, kebolehan dan keupayaan parti yang mengguna pakai nama Islam itu. Suatu masa, Pas cenderung ke arah pemikiran ala Taleban tetapi kini, Pas bertukar ke arah kesederhanaan dan keterbukaan. Lawatan Nik Aziz ke Bukit Pelandok adalah kemuncak usaha Pas dalam percubaan untuk membuktikan kesederhanaan dan keterbukaan.
Malangnya, ia tidak dapat meraih rasa hormat, malah ia membuktikan lagi betapa lemahnya Pas hingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memenangi hati kaum Cina dalam proses merebut kuasa. Apabila Pas begitu lemah, maka orang juga akan berkata betapa lemahnya sebuah parti Islam atau betapa lemahnya Islam.
Pemimpin-pemimpin Pas mungkin mengahadapi masalah rendah diri dan merasa tidak setaraf dengan kemajuan dunia. Oleh itu, Pas ingin agar umat Islam merasa selesa tanpa persaingan dan sentiasa hidup dalam kemunduran kerana itulah mereka sering mengutuk setiap langkah pembangunan yang dibuat oleh kerajaan. Mereka sebenarnya merasa kurang selesa dengan kecanggihan, profesionalisme serta kecergasan dunia kini. Kerana tidak mampu bersaing, mereka memilih untuk memusuhi elemen-elemen ini lalu bersembunyi di sebalik nama Islam. Dalam keadaan di mana semua orang adalah di taraf yang rendah, maka lebih mudahlah pemimpin-pemimpin Pas menonjolkan diri mereka sebagai orang yang hebat. Malangnya, akibat daripada itu, bukan sahaja Pas yang dilihat sebagai kolot, tetapi nama Islam yang pada parti itu juga turut terheret bersama dan dilabel sebagai kolot.
Imej Islam akan terus tercemar dengan terpahatnya nama Islam pada Pas.
Islam akan terus dianggap kolot, miskin, mundur, kurang sopan, kotor dan lemah

No comments:

Post a Comment