ARKIB : 09/02/2001
Oleh: Nihaz Mohd Yusoff (nihaz@post.com)
Di antara penyebab kekusutan bangsa Melayu dalam mencari penyelesaian masalah perpaduan, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan agama mereka adalah kerana mereka tidak mengenali diri mereka sendiri.
Sedangkan dalam Islam kita telah diingatkan bahawa, siapa yang mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya. Dan sesungguhnya, siapa yang tidak mengenal dirinya maka dia adalah seorang yang terpedaya. Setiap masalah seharusnya dinilai puncanya bermula dari diri sendiri sebelum melihat kepada diri orang lain. Saiyidina Umar bin al-Khattab selalu berdoa: Ya Allah, Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada kejahatan diriku.
Sikap para Arif Billah itu suka menuduh diri sendiri sebagai lalai, cuai, berdosa, bersalah dan sentiasa mengaku diri mereka sebagai penyebab segala bencana.
Dengan demikian, mereka terus meningkatkan darjat-darjat kesucian diri mereka di sisi Allah.
Sedangkan dalam masyarakat Islam di Malaysia, jarang sekali, malah hampir tidak pernah kita mendengar para cerdik pandai mahupun mereka yang mengaku diri sendiri sebagai Ulama, mengakui kesalahan mereka.
Apa yang kita lihat, mereka sentiasa meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain.
Pengikut-pengikut Ulama ini juga sama sifatnya. Mereka menghabiskan masa mereka mencari kesalahan dan mencongak darjat orang lain di sisi Allah.
Mereka lupa bahawa jihad yang paling besar adalah jihad menentang iblis di dalam diri sendiri bukannya menentang iblis di dalam diri orang lain. Masa yang perlu dihabiskan untuk mengenali diri sendiri, dihabiskan dengan menilai diri orang lain. Maka selamanyalah mereka terpedaya, diperdayakan oleh iblis putih di dalam diri mereka. Mereka ditiupkan perasaan puas hati terhadap diri sendiri dan keraguan serta buruk sangka terhadap diri orang lain.
Justeru, renungilah sabda Nabi s.a.w: jangan sekali-kali menganggap banyak amalan kamu, dan jangan menganggap kecil dosa-dosa kamu!. Ingatlah, sekiranya kita membelakangi dunia, lalu merasa bangga diri kerana peninggalan kita terhadap dunia, maka kebanggaan itu adalah lebih besar dosanya dari mencari dunia.
Dalam erti kata lain, Iblis di dalam sanubari kita inilah yang perlu ditentang.
Perjuangan menentang iblis inilah jihad kita yang sebenar bukannya menentang sesama saudara Islam. Selagi iblis ini tidak ditentang, selagi itulah segala agenda perpaduan, perhimpunan bangsa Melayu mahupun perbincangan tidak akan mencapai matlamatnya.
Umat Islam perlu berubah dari sekarang jika benar kita semua ingin mencapai keislaman yang sebenar-benarnya. Kita perlu mula mengenali diri sendiri, membersihkan sanubari, berbakti serta berbuat kebajikan bagi membersihkan diri kita. Melalui kebajikan juga, kita sekali gus dapat membuka hati bukan Islam terhadap kemurnian Islam.
Berhentilah dari memikirkan tentang orang lain, bangunlah dan bi-nalah ketahanan diri sendiri bagi membendung masalah-masalah yang lebih besar daripada menimpa ummah.
Bagi memastikan kesejahteraan dan kesinambungan bangsa, Melayu harus memandang serius mengenai pentingnya mengenali diri sendiri. Melayu perlu mula bertanya, siapakah Melayu?, Di Malaysia, definisi Melayu adalah unik di mana sesiapa sahaja yang beragama Islam walau apapun bangsa asal mereka, akan secara automatik dikategorikan sebagai Melayu. Apakah Melayu?
Melayu itu ditafsirkan melalui budaya, warna kulit, adat resam dan pakaian serta makanan asasi.
Begitu juga dengan apakah Islam dan siapakah orang Islam?
Sifat-sifat asas Islam adalah mudah iaitu, bersih, tertib, jujur, kasih sayang, rendah diri dan hormat menghormati.
Adalah menjadi tugas seorang Islam untuk memastikan sifat-sifat ini menjadi pakaian hariannya dan terus terjana dalam hati sanubarinya. Tanpa sifat asas yang kukuh, bagaimana pula kita bermimpi untuk mendaulatkan Islam itu?
Tidak ada yang lebih wajar untuk kita lakukan selain dari menyelam ke dalam diri sendiri dan menghayati jiwa sendiri dan terus berjuang untuk menguatkan asas Islam tersebut di dalam diri kita.
Jika Melayu mula mengenali diri sendiri, lebih mudah mereka menghapuskan hipokrasi di dalam diri mereka. Hipokrit yang keterlaluan akan mengosongkan jiwa.
Jiwa yang kosong mengakibatkan sifat kemanusiaan terhakis sedikit demi sedikit lalu hilanglah kasih sayang, hormat-menghormati dan kejujuran.
Sekaligus, terhakislah sebahagian dari keislaman yang kita agung-agungkan dan laung-laungkan itu. Sebahagian yang terhakis itu pula merupakan asas Islam itu sendiri, maka tanpa asasnya, ke manakah arah keislaman kita?
Sampailah masanya bangsa Melayu mengurangkan bercakap dan lebihkan bekerja untuk membuktikan apa yang mereka cakapkan. Buktikan mereka boleh berbuat lebih baik terhadap setiap sesuatu yang mereka kritik dan lebih baik daripada orang yang mereka kritik. Bercakap tanpa bekerja hanya akan merumitkan keadaan yang telah sedia kusut.
Bangsa Melayu disarankan supaya mengambil sedikit masa untuk menyelami diri sendiri dan mengenal pasti apakah keburukan yang ada dalam hati sanubari masing-masing. Untuk seketika, berhentilah dari mencari keburukan orang lain dan cuba senaraikan keburukan diri sendiri.
Jika benar mereka yang begitu lantang berbicara dan berpidato di segenap pelosok negara itu ingin memperbaiki keadaan, maka mereka perlu membuktikan keikhlasan mereka dengan mula mencari kesalahan sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain kerana ditakuti pidato dan bicara mereka sebenarnya dikelabui oleh faktor-aktor keduniaan.
Jangan sampai kehidupan dunia itu memperdayakan kamu, dan jangan sampai kepercayaan kamu kepada Allah ditipu oleh yang pandai menipu. (Fathir: 5) Secara lazimnya, mereka yang pandai menipu adalah mereka yang bijak dan lantang berbicara.
Dengan itu, sentiasalah kita beringat bahawa sesungguhnya, sesiapa yang mengenali Allah, akan sedikitlah bicaranya. Maka berbaliklah pada persoalan awalnya iaitu, kita perlu mengenali diri sendiri untuk benar-benar mengenali Allah s.w.t

No comments:
Post a Comment