Wednesday, 19 October 2011

Apa Selepas Anwar Ke Penjara?

Lazimnya, kerjaya mahupun hidup seseorang ahli  politik akan ‘tamat’ sekiranya disabitkan kesalahan jenayah dan dipenjarakan.  Namun, Anwar Ibrahim mengatasi kelaziman manusia biasa. 

Sebagai manusia ‘Anugerah Tuhan’, penjara  bukanlah penamat, tetapi merupakan ‘permulaan’ baru hidupnya.   Hidup Anwar menjadi semakin rancak selepas dipenjarakan di mana namanya semakin melonjak terutama di kalangan tokoh-tokoh zionis dan juga pejuang-pejuang hak asasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di seluruh dunia.

Bukti bahawa penjara tidak menamatkan apa-apa bagi Anwar ialah apabila beliau sekali lagi tertangkap atas dakwaan melakukan jenayah yang sama, iaitu meliwat.  Malah, pendedahan video seks oleh rakan karibnya juga membuktikan yang penjara langsung tidak menjejaskan gaya hidup Anwar.   Beliau masih lagi aktif melakukan gangguan seksual, meliwat dan berzina di mana saja dan dengan siapa saja yang disukainya. 
Kehilangan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri juga tidak bermakna beliau telah hilang segala-galanya.  Gaya hidupnya masih sama atau lebih mewah lagi berbanding ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.   Beliau mampu keluar negara bila-bila masa saja dan kemewahan keluarganya tidak pernah susut. 

Hari ini, Anwar menghadapi kemungkinan di penjara buat kali kedua atas kesalahan yang sama.  Seluruh rakyat Malaysia dan juga para pendukung dan penyokong neo-con di barat serta golongan atau pensimpati LGBT seluruh dunia tidak sabar menunggu kesudahan kes liwat II Anwar. 

Jika Anwar memenangi kes ini, maka ia akan menjadi simbol kemenangan bagi pejuang-pejuang hak LGBT di negara ini, khasnya, dan di kalangan umat Islam seluruh dunia, amnya. 
Kemenangannya juga akan bermakna membuka ruang yang lebih luas bagi puak-puak neo-con meneruskan usaha mereka untuk menghuru-harakan negara dengan tujuan untuk menguasai sepenuhnya rantau asia, terutamanya negara Islam contoh iaitu Malaysia. 

Bukan itu saja, jika Anwar menang kes ini juga, ia akan merupakan kejayaan golongan anti-Islam untuk bertapak kukuh di negara ini dalam usaha mengasak fahaman-fahaman liberal dan pluralis bagi menembusi akidah umat Islam. 
Begitu juga dengan golongan chauvinis yang akan terus menggunakan Anwar untuk mencapai cita-cita dan agenda politik mereka.

Pendek kata, jika Anwar menang kes ini, rakyat Malaysia akan terus haru biru akibat politik yang keterlaluan tanpa batasan, manakala kerajaan pula terpaksa terus membuang masa, tenaga dan wang untuk menangani serangan-serangan politik pembangkang yang kebanyakkannya langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Kita juga tidak dapat mengagak sejauh mana kemenangan Anwar akan mempengaruhi sentimen penyokong pembangkang.   Apa yang pasti, jika Anwar menang, secara automatik, rakyat akan merombak persepsi dan sentimen politik masing-masing.  Tidak keterlaluan jika dikatakan andainya Anwar menang, ia juga akan membuka peluang yang lebih cerah untuk Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya ke-13. 

Namun, setakat hari ini, seluruh dunia sudah menjangkakan kekalahan Anwar dalam kes liwat II kerana kegagalan pihak pembela mengemukakan hujah, saksi, bukti atau alibi yang mampu menyanggah pendakwaan. 
Maka, kita harus melihat kepada senario jika Anwar kalah pula. 

Anwar selama ini dilihat sebagai tali yang menghubungkan PAS dan DAP.    Setakat ini, tiada siapa yang dilihat dapat mengganti tempat Anwar sebagai tali penghubung itu.   Azmin, yang dikatakan pengganti terdekat Anwar juga tidak menepati ciri-ciri sebagai tali penghubung yang baik.  Begitu juga Wan Azizah yang tidak mendapat kepercayaan mahupun penghormatan yang sepatutnya sebagai Presiden parti akibat sering dibelakangkan oleh suaminya sendiri. 
Tanpa tali penghubung, bagaimana PAS dan DAP akan dapat bersatu?  Ramai yang berkata bahawa Mat Sabulah orangnya yang telah dipersiapkan oleh DAP untuk menjadi tali penghubung yang baru.   Dengan kedudukan Mat Sabu di dalam PAS iaitu sebagai Timbalan Presiden maka secara automatik dia akan ‘memandu’ PAS ke mana saja yang DAP mahukan.  Maka jika ini berlaku, PAS selepas Anwar dipenjara adalah sebenarnya hanyalah pada nama, kerana rohnya sudah pun ‘dirasuk’ oleh DAP.

PKR tanpa Anwar pula dijangkakan tidak akan bertahan lama walaupun Anwar akan terus cuba melakukan drama ulangan dari dalam penjara dengan bantuan rakan-rakannya di barat.  Tetapi dipercayai dramanya tidak akan laku lagi.  Azmin, Wan Azizah mahupun Nurul Izzah hanyalah debu dalam politik Malaysia tanpa Anwar Ibrahim.  Debu-debu ini akan hilang begitu saja ditelan zaman.  
Bagi UMNO pula, kembalinya Anwar ke Sungai Buloh adalah lebih kepada pembalasan peribadi.  Ini kerana Anwar bolehlah dikatakan sebagai punca segala masalah UMNO hari ini. 

Anwar adalah pelopor politik wang di dalam UMNO, ‘pemangkin’ masalah perkauman di Malaysia serta perosak minda golongan muda di dalam UMNO dan juga di pusat-pusat pengajian tinggi yang sepatutnya menjadi tulang belakang negara.  Kini, anak-anak muda Malaysia rosak, keliru, celaru dan buntu dengan hala tuju mereka dari segi politik, bangsa, negara mahupun agama, semuanya kerana politik tanpa batasan dan keterlaluan Anwar. 
Walaupun  begitu, Malaysia tetap dijangka akan lebih aman sedikit selepas Anwar dipenjara.  

Namun, apa yang menyedihkan ialah kekalahan Anwar di mahkamah tidak bermakna yang UMNO dan Malaysia akan pulih dari kerosakan yang telah dilakukannya. 
Anak-anak muda yang keliru itu belum tentu lagi dapat dibentuk kembali menjadi rakyat yang berguna dan bukannya asyik menyumpah-nyumpah negara sendiri.   Negara kita mungkin tidak akan pulih lagi seperti sediakala buat selama-lamanya, di mana kedudukan Melayu tetap dan selamat, kaum-kaum lain lebih terbuka untuk bergaul dan menerima hakikat kedudukan budaya dan bahasa masing-masing tanpa perasaan tamak, sombong, prejudis dan syak wasangka serta sama-sama mendukung patriotisme bumi Malaysia.  Tuntutan-tuntutan akan berterusan, perasaan tidak puas hati dan marah akan berpanjangan selagi satu pihak asyik disaran untuk mengalah dan satu pihak asyik menang seolah-olah keadaan ‘saling memerlukan’ tidak wujud sama sekali. 

Hakikatnya, Malaysia sudah rosak teruk dikerjakan Anwar.. 
Akan mampukah UMNO dan BN mengembalikan semula kegemilangan Malaysia suatu ketika dahulu, selepas Anwar dipenjara?

No comments:

Post a Comment