Monday 9 January 2012

Anwar, Apa Seterusnya?

Terkejut, marah, bingung dan kemudian tenang.  Itulah reaksi penulis sebaik mendengar keputusan kes liwat Anwar Ibrahim, Anugerah Tuhan.   Dan seharian pula penulis terpaksa menjelaskan rasionalnya keputusan itu kepada sanak keluarga dan rakan-rakan.   Ada yang menghambur kemarahan melalui personal message dan SMS meminta penjelasan seolah-olah penulis ada kena mengena dengan mahkamah, kerajaan atau Anwar sendiri. 
Penulis faham mereka hanya inginkan keadilan dan di mata kita semua, keadilan telah tidak berlaku. 
Dengan keputusan ini, Saiful Bukhari bukan sahaja tidak dapat membela nasibnya yang dipaksa melakukan sesuatu yang jijik tanpa kerelaannya tetapi juga akan terus terpaksa menanggung cemuhan dan sindiran penyokong-penyokong Anwar.   
Namun, kita harus akur bahawa ada sesuatu yang lebih penting dari Anwar Ibrahim mahu pun Saiful Bukhari, iaitu, negara ini.   
Strategi politik Anwar Ibrahim bersama PAS dan DAP selama ini adalah untuk mencetuskan kekecohan dan huru-hara dengan niat untuk melemahkan kerajaan.  
Ini dilakukan dengan membangkitkan isu-isu perkauman iaitu memprovokasi orang-orang Melayu dengan menyentuh hak keistimewaan mereka, menghasut kaum Cina agar berprasangka buruk dan membenci Melayu termasuk segala institusi yang bertunjangkan Melayu serta mengampu kaum India konon sebagai pembela mereka di samping mengajak mereka turut serta dalam ‘game’ perkauman antara Melayu dan Cina. 
Dalam pada itu, Anwar menggambarkan dirinya sebagai satu-satunya pemimpin yang mampu menyatupadukan kesemua kaum ini.    
Walaubagaimanapun, ternyata Anwar masih gagal meyakinkan majoriti rakyat yang dirinya dan pemimpin-pemimpin PR yang lain adalah jauh lebih baik dari pemimpin Barisan Nasional.   Walaupun berjaya menawan beberapa negeri dalam PRU 2008, sokongan rakyat kepada PR semakin hari semakin susut apabila satu demi satu tembelang dan pekung pemimpin PR terdedah.  Lebih dari itu, setelah menguasai beberapa negeri, PR ternyata tidak mampu membuktikan yang mereka memiliki kredibiliti yang setara dengan BN untuk menjadi pemerintah yang baik atau lebih baik. 
Melihat dari perkembangan akhir-akhir ini di mana populariti mereka semakin merudum, Anwar dan PR sedar yang mereka tidak akan mampu memenangi PRU akan datang tanpa melakukan penipuan dan manipulasi sebagaimana yang mereka lakukan dalam pemilihan parti PKR yang lepas. 
Justeru, satu-satunya cara untuk membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah melalui jalan belakang iaitu melakukan rampasan kuasa ala Mesir atau Libya. 
Untuk itu, pendakwaan yang cukup kukuh dalam kes liwatnya di mahkamah adalah alasan terbaik untuk mencetuskan huru-hara dalam negara.  Maka tidak hairanlah kenapa Anwar dan barisan peguamnya tidak bersungguh-sungguh cuba menyangkal segala bukti malah secara tidak langsung mengakui liwat benar-benar berlaku atas dasar suka sama suka. 
Harapan mereka, Anwar akan didapati bersalah agar penyokongnya boleh digerakkan untuk menghancurkan Malaysia dan menggulingkan kerajaan serta Anwar ditabalkan sebagai Perdana Menteri melalui jalan singkat. 
Kuasa asing juga telah bersedia untuk masuk campur untuk memastikan Malaysia ranap sepenuhnya dan Anwar menjadi pemimpin boneka mereka.   Kerana itu, kita perhatikan media-media barat rancak menyiarkan artikel-artikel yang berbunyi mengugut kerajaan Malaysia agar membebaskan Anwar semata-mata untuk memberikan alasan untuk mereka masuk campur apabila Anwar dipenjarakan nanti.  Ini kerana mereka yakin Anwar tidak mungkin akan dibebaskan berdasarkan bukti yang terlalu amat kukuh.  
Namun, manusia merancang dan Allah S.W.T juga yang menentukan.  Ternyata rancangan barat untuk menakluk Malaysia melalui Anwar terbantut lagi apabila hakim membuat keputusan membebaskan Anwar. 
Sesungguhnya, maruah dan reputasi Saiful telah menjadi satu-satunya korban dalam peperangan politik dunia antara kuasa besar dengan Malaysia.   Sama ada Saiful sedar atau tidak, pengorbanan itu telah menyelamatkan kita semua dari kemusnahan.
Tak dapat dibayangkan sejauh mana dan selama mana penyokong Anwar akan membuat huru-hara jika dia dipenjara.  Dan sebanyak mana kos untuk mengawal mereka setiap hari.  Tentu saja ini tidak berbaloi untuk kita lalui semata-mata kerana Anwar, mahupun Saiful. 
Oleh itu, inilah pesanan penulis kepada semua yang masih terkilan dengan keputusan mahkamah ini, iaitu yakinlah yang kita mempunyai pemimpin dan hakim yang bijak, berfikiran jauh dan dalam melangkaui apa yang tersurat di depan mata, demi yang terbaik untuk negara.  Jika ini tidak benar mana mungkin Malaysia kekal kukuh dan aman menghadapi segala tekanan luaran dan dalaman yang bertubi-tubi selama ini.   Sifat mengalah yang disangka sebagai lambang kebodohan Melayu adalah sebenarnya kebijaksanaan bagi orang-orang yang berfikir. 
Kini Anwar terpaksa merombak semula skrip “mahkamah tidak adil, kerajaan berkonspirasi, polis kejam” dan sebagainya.  Hancur harapannya untuk menggulingkan kerajaan melalui rusuhan.   Terkedu para sahabatnya di barat yang telah bersedia untuk menelan Malaysia.  Terduduk pemimpin PAS yang berangan untuk menggantikan Anwar.  Dan terkujat-kujat pemimpin DAP terpaksa mengubah strategi.   Tergamam Wan Azizah memikirkan lambat dan sukar lagilah baginya untuk menjadi First Lady.
Seluruh Pakatan Rakyat kini haru-biru kerana tidak ada alasan lagi untuk mencetuskan huru-hara.  Tanpa disangka wang yang telah dilaburkan untuk tujuan ini, lebur begitu saja.   Menggunakan skrip yang sama menuduh kerajaan kejam, berkonspirasi dan tidak adil untuk menghasut rakyat merusuh selepas episod ini, adalah tidak masuk akal sama sekali. 
Kini, mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beradu tenaga sebagai anak jantan melalui jalan depan iaitu dalam pilihanraya.   Semua kehendak Anwar iaitu menggunakan dakwat kekal juga telah ditunaikan.   Apa lagi alasan Anwar untuk menghentam kerajaan? 
Anwar tahu dia sudah di’check-mate’, cuma penyokong-penyokongnya yang benak akal sahaja yang masih tidak menyedarinya. 

1 comment:

  1. Pelik bin ajaib ada pihak yang nak membela orang yang dah punggungnya!...
    Saifol mengaku kena liwat, dia dapat duit!
    saifol tahan jubur kat Anwar Ibrahim, dia dapat duit!
    Saifol jumpa Najib lepas kena tutuh, dia dapat duit!
    saifol buar laporan polis, dia dapat duit!
    Pencacai Umno nak bela saifol dapat APA????...kahkahkah! tak ke biul punya kerja!

    ReplyDelete