Wednesday, 9 November 2011

LGBT: Benarkah Ia Naluri Semulajadi?

Isu Festival Seksualiti Merdeka benar-benar menggemparkan masyarakat.  Alhamdulillah, festival tersebut dihentikan sejurus selepas bantahan dibuat oleh berbagai-bagai pihak.   Namun begitu, kita masih terkejut kerana ia bukannya kali pertama diadakan di Malaysia tetapi telah 4 kali.  
Gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ini bukan baru.  Sejak zaman Nabi Luth lagi gejala ini sudah bermula.  
Kita tidak boleh menolak hakikat adanya manusia yang dilahirkan lelaki tetapi mempunyai naluri perempuan.  Golongan ini dipanggil Mak Nyah atau Pondan.  Mereka ini rata-ratanya memilih untuk berpakaian dan berkelakuan seperti perempuan.  Ada yang mengambil hormon wanita bagi menjadikan diri mereka benar-benar seperti wanita malah ada yang membuat keputusan untuk menukar terus jantina. 
Penulis secara peribadi tidak menafikan mereka ini wujud dan penulis juga ada mempunyai rakan dari kalangan pondan.  Penulis pernah membaca kajian mengenai golongan ini, iaitu sama ada pondan atau tomboy yang dilakukan oleh beberapa saintis barat.   Para saintis tidak menafikan bahawa naluri yang bertentangan dengan jantina fizikal adalah benar terjadi berdasarkan kajian terhadap beberapa kanak-kanak seawal usia 12 tahun yang disyaki mengalami masalah ini. 
Namun, tahap kecenderungan kanak-kanak itu untuk mengikut naluri yang bertentangan itu adalah berbeza-beza.   Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan hormon dan juga mental.  Maka, bagi mengubati masalah ini, ibu bapa dan masyarakat juga perlu membantu untuk menyatukan fizikal dan mental mereka agar tidak keliru lagi.  Ada juga di antara mereka yang perlu mengambil hormon jantina tertentu bagi menstabilkan keadaan.  Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak tersebut kembali menjadi normal jika dirawat dengan baik. 
Hanya dalam kes yang benar-benar kronik, maka kanak-kanak itu diletakkan dalam persediaan penukaran jantina apabila dewasa.  Ini berlaku apabila hormon wanita terlalu tinggi di dalam diri seorang budak lelaki atau sebaliknya sehingga tidak lagi boleh dibendung.   
Perlu diingatkan bahawa penulis bukanlah orang yang layak untuk membincangkan hukum menukar jantina dalam kes sebegini menurut Islam. 
Tetapi, apa yang pasti ialah masyarakat Malaysia jarang-jarang sekali menggunakan kaedah sains untuk merawat gejala pondan/tomboy sejak awal.  Selalunya, ibubapa yang mempunyai masalah anak sebegini menjadi buntu dan hanya mampu berdoa di samping memaksa anak mereka berubah tanpa memberi bimbingan secara peribadi. 
Akibatnya, apabila semakin dewasa golongan ini semakin galak mengikut naluri mereka dan percaya bahawa mereka sepatutnya dilahirkan sebagai wanita (atau sebaliknya).  Lalu, selain dari merawat diri untuk kembali bersatu dengan fizikal mereka,  mereka memilih untuk meneruskan hidup secara bertentangan dengan fizikal mereka, dari cara berpakaian, berkelakuan sehinggalah mengambil hormon bertentangan demi mencapai impian mereka untuk mencabar kejadian Allah S.W.T.
Itu adalah mengenai pondan. 
Homoseksual atau gay dan lesbian pula lain kisahnya.  Mereka-mereka ini tidak mempunyai masalah naluri yang bertentangan dengan fizikal.  Gay tidak ingin menjadi perempuan dan lesbian tidak pula ingin menjadi lelaki.  Mereka menerima fizikal mereka seadanya tetapi meminati jenis yang sama.  Dalam ertikata lain, mereka hanya punya masalah dengan selera seks yang songsang.    
Tahukah anda bahawa dalam semua kes gay dan lesbian, masalah mereka hanya bermula sama ada ketika remaja atau di awal usia dewasa?  Maknanya, ia bukan bermula dari bayi atau sedari kanak-kanak sepertimana golongan pondan/tomboy. 
Hampir dalam semua kes juga, masalah mereka ini bermula apabila terjebak dengan seseorang selalunya yang lebih tua dari mereka, yang telah lama menjalani hidup sebagai gay atau lesbian. 
Ia berlaku sama ada secara paksa, atau sekadar ingin cuba-cuba atau atas kenaifan diri sendiri.   Ini menunjukkan yang seks songsang bukanlah naluri semulajadi sebaliknya dihasut atau diajar oleh orang lain.   
Apabila terjebak, seorang gay atau lesbian sebenarnya punya pilihan untuk merawat diri mereka atau meneruskan gaya hidup songsang.   Sekiranya mereka benar-benar ikhlas untuk insaf, mereka pasti mampu kembali ke pangkal jalan kerana naluri songsang itu bukanlah semulajadi. 
Tetapi, apabila mereka bertegas dan berdegil bahawa mereka menjadi begitu kerana faktor semulajadi maka mereka pasti tidak akan pulih kembali. 
Di sinilah bahaya besar Festival Seksualiti Merdeka tersebut kerana ia adalah bertujuan untuk meyakinkan golongan gay dan lesbian bahawa mereka ‘okay’ iaitu tiada salahnya dengan gaya hidup mereka.  Lebih buruk lagi festival itu juga bertujuan untuk memaksa masyarakat menerima gaya hidup songsang jalan belakang ini sebagai normal, tidak jijik dan tidak kotor.   
Mana mungkin ini benar. 
Tidak perlulah dibincangkan tentang golongan biseksual kerana nyata mereka ini hidup berlandaskan nafsu semata-mata. 
Apa yang pasti, dunia ini dijadikan mengikut peraturan.  Seluruh kejadian alam adalah mengikut kadar tertentu termasuklah kedudukan bumi di atas paksi.  Putaran bulan dan segalanya perlu konsisten dan tepat.  Jantung dan darah di dalam tubuh manusia juga ada kadar degupan dan aliran yang pasti – konsisten dan tepat.  Masyarakat juga perlu mengikut peraturan bagi melahirkan generasi yang sihat dari segi fizikal dan mental.  Inilah yang dipanggil tamadun yang membezakan kita dengan manusia zaman batu, manusia jahiliah dan binatang!
Manusia tanpa peraturan adalah manusia tidak bertamadun.  Dan golongan LGBT jelas ingin menghancurkan tamadun kemanusiaan kerana menolak berperaturan dalam hubungan sesama manusia.   Benar, mereka mungkin bukan penjenayah dan mereka mungkin membayar cukai serta tidak pernah mengganggu sesiapa.  Tetapi, itu tidak bermakna mereka ‘okay’. 
Hakikatnya, kewujudan mereka sendiri adalah ancaman terhadap tamadun kemanusiaan. 

1 comment:

  1. kadang-kadang kasian juga pada masyarakat lgbt ini kerana dipandang serong dalam masyarakat.bagi saya suatu persoalan bagaimana untuk memulihkan golongan ini dan jika mendapat rawatan atau kaunseling adakah mereka ini akan pulih sepenuhnya dan jika tidak berdaya adakah mereka ini dipersalahkan?

    ReplyDelete