Tuesday, 22 November 2011

Harimau VS Garuda: Mengajar Erti Menjadi Anak Malaysia

Here's an article that I would like to share with you all:

Harimau VS Garuda: Mengajar Erti Menjadi Anak Malaysia
Oleh:  Iskandar Zulfi
“Mereka tidak hormat kepada kamu, tidak  hormat bendera kita, tidak hormat Raja kita, tidak hormat ibubapa kita.  Jika kamu membiarkannya bermakna kamu semua pengecut.  Kamu harus ajar mereka tentang apakah ertinya menjadi warga Malaysia.” – Ong Kim Swee
Inilah kata-kata hikmah jurulatih bolasepak skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee yang membawa kepada kemenangan dengan Indonesia.  Kata-katanya benar-benar membakar semangat bukan setakat pemain-pemain, tetapi juga semua rakyat Malaysia.   
Seluruh dunia menyaksikan bagaimana bagi Indonesia, malam Harimau bertemu Garuda bukan sekadar pertemuan professional atas semangat kesukanan di pentas antarabangsa, tetapi seolah-olah seluruh maruah Indonesia terletak pada perlawanan tersebut.  Di dada mereka, tiada langsung semangat kesukanan melainkan semangat kebencian dan dendam kesumat yang meluap-luap terhadap Malaysia. 
Tanpa segan silu media mereka juga mengakui bahawa kalah dengan negara lain tidak apa, cuma jangan kalah dengan Malaysia.  Dengan megah mereka menyatakan hanya Malaysia di mana separuh rakyat mereka sanggup bergadai nyawa untuk mencari rezeki inilah yang menjadi masalah bagi mereka.   
Dan kita bercakap tentang sikap bukan hanya berkenaan lebih 100,000 penyokong Garuda yang kemungkinan besarnya setaraf dengan pembantu rumah dan pekerja kontrak di Malaysia yang tidak berpelajaran dan tidak mendapat pendedahan.  Tetapi sikap yang sama juga dilihat dalam diri pihak pengurusan, pihak media malah pihak kerajaan Indonesia sendiri yang pastinya punya sedikit pelajaran kalaupun tidak begitu tinggi. 
Lebih pelik lagi Indonesia begitu bangga mempamerkan sikap tidak bertamadun mereka kepada dunia dan menyangkakan dunia kagum dengan semangat penyatuan rakyat mereka.  
Sebenarnya, tiada siapa yang kagum.  Dunia menjadi terkejut dan hairan malah tergamam sehingga tidak tahu bagaimana untuk mengulas mengenai sikap jahiliah rakyat Indonesia itu.  Bimbang juga jika tersilap membuat ulasan kita hanya meletakkan diri kita setaraf dengan mereka pula.   
Malaysia juga nampaknya sudah tidak lagi merasa marah terhadap kebiadapan Indonesia kerana menganggap sebarang konfrontasi dengan manusia jahiliah bukan sahaja tidak berbaloi tetapi memalukan.   Malah, rencana-rencana ‘benci’ terhadap Malaysia yang disiarkan oleh media Indonesia dibalas dengan rencana-rencana yang mencari jawapan tentang apa yang dibencikan sangat terhadap Malaysia?  Selain itu, media kita juga menyatakan rasa kecil hati dan sedih kerana dihina.  Secara amnya, rata-rata, media kita bersikap professional dan enggan membakar semangat kebencian yang sama terhadap Indonesia. 
Jika Malaysia dibenci kerana kes penderaan pembantu rumah yang kurang dari 10%, Malaysia juga berhak membenci Indonesia kerana daripada lebih 90% pembantu rumah mereka yang tidak didera, lebih 60% daripadanya merugikan majikan kerana tidak berkualiti, suka mencuri, menipu, bermasalah moral, ada juga yang mendera anak-anak kecil dan orang tua jagaan mereka, sedangkan makan minum, pakaian serta sakit pening mereka semuanya ditanggung oleh majikan.    Malah, ramai dari mereka yang diberi kemudahan menonton tv selain bilik yang jauh lebih selesa dari rumah mereka di Indonesia. 
Lebih dari itu, Malaysia juga punya hak yang lebih untuk membenci Indonesia kerana menjadi penyebab meningkatnya kes-kes jenayah kejam di Malaysia yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin dari Indonesia.  Tetapi Malaysia tidak pula membenci Indonesia sedemikian rupa.
Mungkin kerana sikap mereka yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih atas kebaikan orang lain itulah yang menyebabkan negara mereka tidak habis-habis ditimpa bencana.  Setiap kali bencana menimpa  mereka, Malaysia juga yang menjadi pihak pertama yang menghulurkan bantuan.  Dan setiap kali juga ia tidak dihargai, dan dibalas dengan cemuhan, sindiran malah ancaman. 
Ramai di kalangan rakyat Malaysia mengeluh kerana Malaysia terlalu mengalah dan tetap menghulurkan bantuan di kala Indonesia di dalam kesusahan sedangkan Indonesia bukan sahaja suka mengutuk dan mengancam kita, tetapi juga menculik warga kita dan meminta wang tebusan dengan cara menipu berkenaan kemasukan ke perairan negara mereka. 
Ramai yang tidak faham kenapa kerajaan harus terus berbuat baik dengan Indonesia yang begitu licik, jahat dan biadap terhadap kita.
Sikap Malaysia  yang suka mengalah dan memaafkan ini dianggap sebagai satu petanda kelemahan dan ini dieksploitasi habis-habisan oleh Indonesia.   
Namun, penulis ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa hakikatnya, memaafkan orang yang berlaku jahat terhadap kita adalah sebenarnya satu bukti kekuatan yang jitu. 
Dan membantu orang yang sering menghina kita pula sebenarnya mengangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi dan di masa yang sama meletakkan orang yang menghina kita itu ke tempat yang paling rendah. 
Dengan itu, jika Ong Kim Swee mencabar pemain kita menunjukkan apa ertinya menjadi warga Malaysia, maka bagi penulis, ertinya ialah:  warga Malaysia adalah manusia yang bertamadun dan Malaysia adalah sebuah negara yang kuat kerana berjaya bersabar atas penghinaan yang dilakukan terhadap kita.   Darjat kita sebagai warga Malaysia juga adalah terlalu tinggi untuk dibandingkan dengan Indonesia kerana kita terus sedia membantu negara dan rakyat mereka dengan seikhlas hati walaupun mereka terus membenci kita dengan sepenuh hati. 
Oleh itu jangan sekali-kali kita menganggap kita lemah dan mereka kuat kerana hakikatnya adalah sebaliknya.

1 comment:

  1. Kenapa Indonesia gagal menewaskan Malaysia di GBK? Jawapannya adalah kerana motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energy yang sangat NEGATIF. Maka begitu terhimpun di stadium dengan penuh aura kebencian dan dendam. Energy negatif itu terakumulasi dengan besar sekali. Dan percaya atau tidak energy negatif itu akan menular ke dalam padang. Dan pertandingan pun terganggu oleh energy itu, ditambah seluruh stadium yang menyumpah seranah negara lawan. Maka doa yang berdasarkan energy negatif mungkin tidak sampai dan diterima oleh Tuhan. Tetapi doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dimakbulkan. Kenapa? Kerana mereka tergolong dalam orang-orang yang teraniaya, sebagai tetamu mereka bukannya dihormati tetapi disumpah seranah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan memakbulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul!

    ReplyDelete