Tuesday, 22 November 2011

Harimau VS Garuda: Mengajar Erti Menjadi Anak Malaysia

Here's an article that I would like to share with you all:

Harimau VS Garuda: Mengajar Erti Menjadi Anak Malaysia
Oleh:  Iskandar Zulfi
“Mereka tidak hormat kepada kamu, tidak  hormat bendera kita, tidak hormat Raja kita, tidak hormat ibubapa kita.  Jika kamu membiarkannya bermakna kamu semua pengecut.  Kamu harus ajar mereka tentang apakah ertinya menjadi warga Malaysia.” – Ong Kim Swee
Inilah kata-kata hikmah jurulatih bolasepak skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee yang membawa kepada kemenangan dengan Indonesia.  Kata-katanya benar-benar membakar semangat bukan setakat pemain-pemain, tetapi juga semua rakyat Malaysia.   
Seluruh dunia menyaksikan bagaimana bagi Indonesia, malam Harimau bertemu Garuda bukan sekadar pertemuan professional atas semangat kesukanan di pentas antarabangsa, tetapi seolah-olah seluruh maruah Indonesia terletak pada perlawanan tersebut.  Di dada mereka, tiada langsung semangat kesukanan melainkan semangat kebencian dan dendam kesumat yang meluap-luap terhadap Malaysia. 
Tanpa segan silu media mereka juga mengakui bahawa kalah dengan negara lain tidak apa, cuma jangan kalah dengan Malaysia.  Dengan megah mereka menyatakan hanya Malaysia di mana separuh rakyat mereka sanggup bergadai nyawa untuk mencari rezeki inilah yang menjadi masalah bagi mereka.   
Dan kita bercakap tentang sikap bukan hanya berkenaan lebih 100,000 penyokong Garuda yang kemungkinan besarnya setaraf dengan pembantu rumah dan pekerja kontrak di Malaysia yang tidak berpelajaran dan tidak mendapat pendedahan.  Tetapi sikap yang sama juga dilihat dalam diri pihak pengurusan, pihak media malah pihak kerajaan Indonesia sendiri yang pastinya punya sedikit pelajaran kalaupun tidak begitu tinggi. 
Lebih pelik lagi Indonesia begitu bangga mempamerkan sikap tidak bertamadun mereka kepada dunia dan menyangkakan dunia kagum dengan semangat penyatuan rakyat mereka.  
Sebenarnya, tiada siapa yang kagum.  Dunia menjadi terkejut dan hairan malah tergamam sehingga tidak tahu bagaimana untuk mengulas mengenai sikap jahiliah rakyat Indonesia itu.  Bimbang juga jika tersilap membuat ulasan kita hanya meletakkan diri kita setaraf dengan mereka pula.   
Malaysia juga nampaknya sudah tidak lagi merasa marah terhadap kebiadapan Indonesia kerana menganggap sebarang konfrontasi dengan manusia jahiliah bukan sahaja tidak berbaloi tetapi memalukan.   Malah, rencana-rencana ‘benci’ terhadap Malaysia yang disiarkan oleh media Indonesia dibalas dengan rencana-rencana yang mencari jawapan tentang apa yang dibencikan sangat terhadap Malaysia?  Selain itu, media kita juga menyatakan rasa kecil hati dan sedih kerana dihina.  Secara amnya, rata-rata, media kita bersikap professional dan enggan membakar semangat kebencian yang sama terhadap Indonesia. 
Jika Malaysia dibenci kerana kes penderaan pembantu rumah yang kurang dari 10%, Malaysia juga berhak membenci Indonesia kerana daripada lebih 90% pembantu rumah mereka yang tidak didera, lebih 60% daripadanya merugikan majikan kerana tidak berkualiti, suka mencuri, menipu, bermasalah moral, ada juga yang mendera anak-anak kecil dan orang tua jagaan mereka, sedangkan makan minum, pakaian serta sakit pening mereka semuanya ditanggung oleh majikan.    Malah, ramai dari mereka yang diberi kemudahan menonton tv selain bilik yang jauh lebih selesa dari rumah mereka di Indonesia. 
Lebih dari itu, Malaysia juga punya hak yang lebih untuk membenci Indonesia kerana menjadi penyebab meningkatnya kes-kes jenayah kejam di Malaysia yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin dari Indonesia.  Tetapi Malaysia tidak pula membenci Indonesia sedemikian rupa.
Mungkin kerana sikap mereka yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih atas kebaikan orang lain itulah yang menyebabkan negara mereka tidak habis-habis ditimpa bencana.  Setiap kali bencana menimpa  mereka, Malaysia juga yang menjadi pihak pertama yang menghulurkan bantuan.  Dan setiap kali juga ia tidak dihargai, dan dibalas dengan cemuhan, sindiran malah ancaman. 
Ramai di kalangan rakyat Malaysia mengeluh kerana Malaysia terlalu mengalah dan tetap menghulurkan bantuan di kala Indonesia di dalam kesusahan sedangkan Indonesia bukan sahaja suka mengutuk dan mengancam kita, tetapi juga menculik warga kita dan meminta wang tebusan dengan cara menipu berkenaan kemasukan ke perairan negara mereka. 
Ramai yang tidak faham kenapa kerajaan harus terus berbuat baik dengan Indonesia yang begitu licik, jahat dan biadap terhadap kita.
Sikap Malaysia  yang suka mengalah dan memaafkan ini dianggap sebagai satu petanda kelemahan dan ini dieksploitasi habis-habisan oleh Indonesia.   
Namun, penulis ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa hakikatnya, memaafkan orang yang berlaku jahat terhadap kita adalah sebenarnya satu bukti kekuatan yang jitu. 
Dan membantu orang yang sering menghina kita pula sebenarnya mengangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi dan di masa yang sama meletakkan orang yang menghina kita itu ke tempat yang paling rendah. 
Dengan itu, jika Ong Kim Swee mencabar pemain kita menunjukkan apa ertinya menjadi warga Malaysia, maka bagi penulis, ertinya ialah:  warga Malaysia adalah manusia yang bertamadun dan Malaysia adalah sebuah negara yang kuat kerana berjaya bersabar atas penghinaan yang dilakukan terhadap kita.   Darjat kita sebagai warga Malaysia juga adalah terlalu tinggi untuk dibandingkan dengan Indonesia kerana kita terus sedia membantu negara dan rakyat mereka dengan seikhlas hati walaupun mereka terus membenci kita dengan sepenuh hati. 
Oleh itu jangan sekali-kali kita menganggap kita lemah dan mereka kuat kerana hakikatnya adalah sebaliknya.

Sunday, 20 November 2011

Where Do The Malays Stand In The End?

I have not been feeling well since last week.  It must be the hay-wired weather.   

Everybody must agree when I say that the weather nowadays has all gone hay-wired.  It is always either extremely hot or fierce rain complete with deafening thunder and blinding lightning.   Yes, it is the global warming in action. 
Two days ago, I couldn’t get through the route I normally used to get home.   The junction was flooded and a new Mazda car got stuck in the water which made me and other drivers decided to reroute.  Luckily there are three other routes for me to choose in order to get home.   

It looks to me that the global warming may have caused the crazy weather but it’s the over-development of the area that caused the flood.  Somehow both are out of our control.
Global warming is a serious threat though here, in Malaysia, people still take it very lightly.  We may have heard about how the largest single block of ice in the Arctic, the Ward Hunt Ice Shelf, which had been around for 3,000 years, cracked in 2000. Within two years it had split all the way through and is now breaking into pieces.  But hearing about it and witnessing it are two different things.  We heard, we gulped in fear and we forget and continue our lives as usual - filling our trash cans with plastics, let the water run while brushing our teeth and let the air-conditioner on 24 hours a day.

All these, got me thinking:  Were the Mayans right about 2012?  Was Nostradamus right about it too?  I’m a practical person and I don’t like to ponder upon ideas on fortune-telling, psychics, crystal balls, card-reading even ghosts and djins and all the unseen creatures.
I know these creatures exist but as we have been told, some things are meant to be the secret of Allah.  Allah wants us to study the universe, the atoms and particles, the ocean, the sky, the earth right down to the core, the human body, the planets and everything else that can help us understand and improve our lives.  Allah doesn’t want us to study ghosts or djins – not more than acknowledging their existence and avoid them.

For me, should the Mayans and Nostradamus were right about the world coming to an end in 2012, then it must be co-incidence.  Nobody knows when the world will end but we know for a fact that the global warming is irreversible – not until each and every one of us could stop using our cars, air-conditioners and the like – which is impossible. 
Time is running out for humans though time has no meaning for Allah.  Allah is beyond time and space – infinity in every way a human could think of.  I’ve read a book by a religious scholar that wrote; every single thing, even us the humans, exists only in the minds, including the brain because the brain is practically just another organ.  Everything we see and touch is only perception created by the mind.    We practically don’t exist, only Allah is real.   This makes perfect sense since Al-Quran has time and again emphasize on the miracle of the brain which refers to the minds.  The mind is the key to everything. 

It is said that the power of the mind is unlimited – no, I’m not referring to our imagination though it is the first step towards anything and everything.  Unfortunately, most human only use approximately 10% of our brain’s capability.  Scientists and inventors must have used 30%-40%, I guess. And I’d like to believe that Prof. Stephen Hawking must have used all of his brain capability to power his mind that nothing is left for his physical mobility.  
The minds can not only imagine but make the imagination becomes reality.  Space shuttle, computers, handphones, ipad, hologram and now there’s a holopad or something that I watched on discovery channel last night – everything starts with mere imagination which then pushed to the limit by curiosity and willpower to discover and explore – all of what was the hardwork of the mind.   Looking at what the west had discovered makes me wonder whether we as a race, have even used 10% of our brains?  I mean, here we are getting all excited about another stupid ghost movie….

I can’t help wondering where we, as a race (Malays) stand in this world at the end?  We haven’t been anywhere in history, and if we have, it was forgotten.   We desperately need to start creating history. 
How do we justify ourselves as the Khalifah of the world when everything we know about the world are taught by the west or the ancient Arabs during the glory days of Islam? 

We don’t even know what life is all about as most of us are busy studying the afterlife, the unseen creatures and the sins of others.   Some are busy imitating the west in all the wrong ways.  None are trying to imitate the west in terms of their imagination, curiosity and willpower to discover and explore.
It is so sad to be living in this modern world without having the right to take any credit on it till the very end.  Without any significant contribution, we are basically just passengers in this world and for that, we should be ashamed to dare call ourselves ‘Khalifah di dunia’ just because we can memorize the whole Al-Quran.

I accept that we may not have much time but may this little time that we have is not wasted for something meaningless.  We should start teaching our children that Ibadah is not all about praying and reciting Al-Quran alone, Ibadah is much more than that.  The highest ibadah is to learn and contribute as much as we can to the benefit of as many people as possible.
Therefore, we should start telling our children that they can be beyond engineers, beyond managers and executives, beyond doctors and scientists and then let them imagine what beyond really means. And no, they don’t have to stop praying or reciting Al-Quran in the process and become a liberalist or a pluralist for that sake.  Keep them on the ground by guiding them through their imaginations.

For that, let’s pray for the world to not end so soon as the Malays need more time to make a statement of our existence in this world and sadly, in our own motherland.


Sunday, 13 November 2011

Are We The Walking Dead?

As I put it, ‘life is a highway’ where you barely get to reverse or make a u-turn.   It is an open highway with exits that lead to other roads and eventually the next highways.  That’s what makes life so interesting.  And for me, there’s nothing more depressing than to see life wasted - that is to live but not actually alive like the zombies of the Walking Dead series.  
How many of us have actually stopped to think about life?

I may not be a religious person though I admit that I think of dying every day.   But that doesn’t mean that I have to stop living.   I believe that Allah has put us here on earth to live and therefore, has provided us with guidelines on how to live – that is, the Al-Quran.  The natural resources of the earth, the amazing universe and the brain to figure everything out are evident that Allah wants us to live.

But it is just so sad to see how many of us simply don’t know how to live.

We used to hear how some Muslims get so obsessed with dying that their ultimate dream in life is to die.  For that, they strapped bombs to their bodies and blew themselves up along with others.   They believe that they die a martyr.   I don’t know whether they did die a martyr but I do know that suicide is the most sinful act which you can’t repent later because there’s just no ‘later’ anymore. 
And some Muslims may not be so obsessed with dying a martyr but all the same, they live to die.  They simply refuse to learn the skills to live and force the same idea on their children.   Hence, they send their children to religious schools since at very young age so that their children will become ‘good and well-learned’ Muslims ie. tahfizs, ustazs, ustazahs, imams, kadhis, syariah lawyers or judges etc..with the believe that they have better chance on going to heaven when they die compared to other Muslims.  
They believe that the complexity of science, mathematics, physics, arts and other knowledge that is needed to live is not worth it as it won’t take you closer to heaven.  In other words, they take their Allah’s given brains for granted by refusing to master the skills of living but only focusing on dying.   
This is the kind of mentality that got us, the Muslims, nowhere.  While the others are ruling the world, exploring the universe and inventing good stuff for the use of all mankind, bringing out the best from the miracle of Allah’s given ‘brains’, we, are still struggling on whether or not CCTV’s recording can be used as evidence in the court of law.
Not to forget that there are also Muslims who are obsessed with other people’s lives or more accurately other people’s sins.  They spend their whole life looking, evaluating and judging others in the ‘effort’ to ‘stop’ others from living in sins as if Allah will judge them based on other people’s sins and not their own.  Well, I personally think that this is the worst way to waste your life. 
On the contrary, there are also Muslims and non-Muslims who are obsessed with their future life instead of the afterlife.  For this, they spend their whole life climbing the corporate ladder or simply chasing fame, wealth, power and status.   Their whole time and energy are being focused on achieving these goals.    And when they finally get what they wanted, they realized that they have no more energy and time to actually live and enjoy what they have painstakingly managed to achieve.
Of course, all these climbing and falling and flying high are the part of life or the process of living.   
But even then, we don’t really live until we are able to notice and savor each and every little rock that we find during the climbing, or the bed of flowers that we fall upon when we fell, or the sunrays that shine on our faces when we are flying high. 
That little rock, that bed of flowers and that ray of sunshine are the good ordinary days where you get to wake up with butterfly kisses from your loved ones with a cup of freshly brewed coffee waiting on your table and the cool refreshing air that touched your nose as you walk down your porch to your car.   These are the little things that we usually missed or simply forget to appreciate.   These are the little things that we take for granted.  This is life. 
I don’t think we all have actually lived until we truly understand that the ordinary day matters, and not just what we are struggling to achieve – be it dying a martyr, going to heaven when we die or just being at the top of the corporate ladder or keeping a straight record of other people’s sins.   Whatever the goal is, first, we must live – explore, learn and appreciate because that’s what Allah created us for; not to sit, pray and wait for the day we die. 
In order to really live, we should all push our talent and potential to the limit, boost our brain power to the extreme by learning and discovering new things every day, explore our curiosity to the fullest but never ever forget to enjoy life along the way.  Should there be setbacks and failures, it’s ok because the highway goes on.  Just sit back and relax, engage your gear, continue driving and enjoy the music, the fresh air and the scenery. 
Today, I may not get to be what I wanted – well, I wanted to be everything as a matter of fact, but what the heck.  I find peace with myself and my life – not that I don’t have regrets though.  It’s true that there is always the question of ‘what if ...’ when looking back in life but you know what?  It doesn’t matter anymore.   
I had the best ‘ketam goreng telur masin’ by the beach last night on a sort-of a date with my other half.    This morning, I spent 4 hours in and out the pool and the jacuzzi with my family before we took a stroll on the beach.  (Yes, I’m on vacation) And now, it’s kind of boring because we are all too tired to go out of our room even though the weather is so fine, and I’m forced to entertain my little girl by playing Scrabbles with her while blogging at the same time.  But I have no complains.  
I know now that there is no need to rush in life and I believe that I’m done climbing the ladder.  In fact, I doubt whether there was a ladder.  All I can see is an unending highway.  The travel had been hectic and exhausting but it has recently become very cool and calm. 
So, whether or not I have achieved my goals, I’m okay, for I know that I am living my life to the fullest.   Are you?

Wednesday, 9 November 2011

LGBT: Benarkah Ia Naluri Semulajadi?

Isu Festival Seksualiti Merdeka benar-benar menggemparkan masyarakat.  Alhamdulillah, festival tersebut dihentikan sejurus selepas bantahan dibuat oleh berbagai-bagai pihak.   Namun begitu, kita masih terkejut kerana ia bukannya kali pertama diadakan di Malaysia tetapi telah 4 kali.  
Gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ini bukan baru.  Sejak zaman Nabi Luth lagi gejala ini sudah bermula.  
Kita tidak boleh menolak hakikat adanya manusia yang dilahirkan lelaki tetapi mempunyai naluri perempuan.  Golongan ini dipanggil Mak Nyah atau Pondan.  Mereka ini rata-ratanya memilih untuk berpakaian dan berkelakuan seperti perempuan.  Ada yang mengambil hormon wanita bagi menjadikan diri mereka benar-benar seperti wanita malah ada yang membuat keputusan untuk menukar terus jantina. 
Penulis secara peribadi tidak menafikan mereka ini wujud dan penulis juga ada mempunyai rakan dari kalangan pondan.  Penulis pernah membaca kajian mengenai golongan ini, iaitu sama ada pondan atau tomboy yang dilakukan oleh beberapa saintis barat.   Para saintis tidak menafikan bahawa naluri yang bertentangan dengan jantina fizikal adalah benar terjadi berdasarkan kajian terhadap beberapa kanak-kanak seawal usia 12 tahun yang disyaki mengalami masalah ini. 
Namun, tahap kecenderungan kanak-kanak itu untuk mengikut naluri yang bertentangan itu adalah berbeza-beza.   Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan hormon dan juga mental.  Maka, bagi mengubati masalah ini, ibu bapa dan masyarakat juga perlu membantu untuk menyatukan fizikal dan mental mereka agar tidak keliru lagi.  Ada juga di antara mereka yang perlu mengambil hormon jantina tertentu bagi menstabilkan keadaan.  Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak tersebut kembali menjadi normal jika dirawat dengan baik. 
Hanya dalam kes yang benar-benar kronik, maka kanak-kanak itu diletakkan dalam persediaan penukaran jantina apabila dewasa.  Ini berlaku apabila hormon wanita terlalu tinggi di dalam diri seorang budak lelaki atau sebaliknya sehingga tidak lagi boleh dibendung.   
Perlu diingatkan bahawa penulis bukanlah orang yang layak untuk membincangkan hukum menukar jantina dalam kes sebegini menurut Islam. 
Tetapi, apa yang pasti ialah masyarakat Malaysia jarang-jarang sekali menggunakan kaedah sains untuk merawat gejala pondan/tomboy sejak awal.  Selalunya, ibubapa yang mempunyai masalah anak sebegini menjadi buntu dan hanya mampu berdoa di samping memaksa anak mereka berubah tanpa memberi bimbingan secara peribadi. 
Akibatnya, apabila semakin dewasa golongan ini semakin galak mengikut naluri mereka dan percaya bahawa mereka sepatutnya dilahirkan sebagai wanita (atau sebaliknya).  Lalu, selain dari merawat diri untuk kembali bersatu dengan fizikal mereka,  mereka memilih untuk meneruskan hidup secara bertentangan dengan fizikal mereka, dari cara berpakaian, berkelakuan sehinggalah mengambil hormon bertentangan demi mencapai impian mereka untuk mencabar kejadian Allah S.W.T.
Itu adalah mengenai pondan. 
Homoseksual atau gay dan lesbian pula lain kisahnya.  Mereka-mereka ini tidak mempunyai masalah naluri yang bertentangan dengan fizikal.  Gay tidak ingin menjadi perempuan dan lesbian tidak pula ingin menjadi lelaki.  Mereka menerima fizikal mereka seadanya tetapi meminati jenis yang sama.  Dalam ertikata lain, mereka hanya punya masalah dengan selera seks yang songsang.    
Tahukah anda bahawa dalam semua kes gay dan lesbian, masalah mereka hanya bermula sama ada ketika remaja atau di awal usia dewasa?  Maknanya, ia bukan bermula dari bayi atau sedari kanak-kanak sepertimana golongan pondan/tomboy. 
Hampir dalam semua kes juga, masalah mereka ini bermula apabila terjebak dengan seseorang selalunya yang lebih tua dari mereka, yang telah lama menjalani hidup sebagai gay atau lesbian. 
Ia berlaku sama ada secara paksa, atau sekadar ingin cuba-cuba atau atas kenaifan diri sendiri.   Ini menunjukkan yang seks songsang bukanlah naluri semulajadi sebaliknya dihasut atau diajar oleh orang lain.   
Apabila terjebak, seorang gay atau lesbian sebenarnya punya pilihan untuk merawat diri mereka atau meneruskan gaya hidup songsang.   Sekiranya mereka benar-benar ikhlas untuk insaf, mereka pasti mampu kembali ke pangkal jalan kerana naluri songsang itu bukanlah semulajadi. 
Tetapi, apabila mereka bertegas dan berdegil bahawa mereka menjadi begitu kerana faktor semulajadi maka mereka pasti tidak akan pulih kembali. 
Di sinilah bahaya besar Festival Seksualiti Merdeka tersebut kerana ia adalah bertujuan untuk meyakinkan golongan gay dan lesbian bahawa mereka ‘okay’ iaitu tiada salahnya dengan gaya hidup mereka.  Lebih buruk lagi festival itu juga bertujuan untuk memaksa masyarakat menerima gaya hidup songsang jalan belakang ini sebagai normal, tidak jijik dan tidak kotor.   
Mana mungkin ini benar. 
Tidak perlulah dibincangkan tentang golongan biseksual kerana nyata mereka ini hidup berlandaskan nafsu semata-mata. 
Apa yang pasti, dunia ini dijadikan mengikut peraturan.  Seluruh kejadian alam adalah mengikut kadar tertentu termasuklah kedudukan bumi di atas paksi.  Putaran bulan dan segalanya perlu konsisten dan tepat.  Jantung dan darah di dalam tubuh manusia juga ada kadar degupan dan aliran yang pasti – konsisten dan tepat.  Masyarakat juga perlu mengikut peraturan bagi melahirkan generasi yang sihat dari segi fizikal dan mental.  Inilah yang dipanggil tamadun yang membezakan kita dengan manusia zaman batu, manusia jahiliah dan binatang!
Manusia tanpa peraturan adalah manusia tidak bertamadun.  Dan golongan LGBT jelas ingin menghancurkan tamadun kemanusiaan kerana menolak berperaturan dalam hubungan sesama manusia.   Benar, mereka mungkin bukan penjenayah dan mereka mungkin membayar cukai serta tidak pernah mengganggu sesiapa.  Tetapi, itu tidak bermakna mereka ‘okay’. 
Hakikatnya, kewujudan mereka sendiri adalah ancaman terhadap tamadun kemanusiaan. 

Tuesday, 8 November 2011

Gay and Okay?

All these havoc on Sexualitimerdeka Festival got me thinking:  Imagine a family where the wife and the husband may both be men or both women.   How would their kids call them?  Mummy and daddy or daddy and daddy or mummy and mummy?   
I surf the net on LGBT (Lesbians, Gays, Bisexuals and Transgenders) in Malaysia and came across a campaign called “I’m gay and I’m Okay”..??  I mean, Ouw! Come on!  If you’re gay you can’t be okay.  You can’t be serious for feeling okay to ‘love’ another man’s ‘toilet’.   
No, I’m not discriminating gays, I’m just disgusted by them.  There’s no such thing as being born a gay.  You may be born a sissy and love cross-dressing as a woman and wished that you were born a woman so that you can marry a man.  In other words, a ‘mak nyah’ – a man whom his mind, heart and soul unfortunately work like a woman. 
But there is no such thing as a real man in the mind, heart and soul but with the ‘thing’ for another real man.  God didn’t make you a gay, you did. 
Here’s a well thought of article on this issue from Freemalaysiakini.com:
Antara Hak Asasi Dengan Hak Untuk Berkelakuan Luar Tabie
Festival Seksualiti Merdeka, rupa-rupanya telah empat kali disambut di negara ini.  Namun, sebelum ini ramai yang tidak tahu menahu mengenainya walaupun Marina Mahathir, mengaku pernah merasmikannya.    Menurut Marina serta para penganjur, penyokong dan pejuang hak asasi LGBT, festival tersebut tidak salah, malah diadakan atas niat ‘suci’ iaitu untuk memperjuangkan golongan yang didiskriminasikan di dalam masyarakat.   Katanya, semuanya dilakukan atas nama hak asasi manusia.
Benar, LGBT juga manusia.  Begitu juga dengan para perompak, perogol dan pembunuh.  Sekiranya tertangkap, mereka ini punya hak untuk dibicara dan mendapat pembelaan sewajarnya.   Tetapi, jika didapati bersalah mereka akan dihukum dengan hukuman setimpal atas jenayah  yang dilakukan.  Mereka tidak boleh menyatakan bahawa mereka tidak bersalah atas alasan itu adalah hak mereka untuk memilih kerjaya sebagai perompak.  Mereka juga tidak boleh berhujah menyatakan bahawa itu adalah hak asasi mereka untuk merogol atau membunuh sesiapa yang mereka suka atas alasan naluri semulajadi mereka menuntut mereka berkelakuan kejam.
Perlakuan seks songsang adalah juga satu jenayah di negara ini dan golongan yang gemarkan cara hidup begini tidak boleh berhujah menggunakan alasan naluri semulajadi.  Undang-undang ini jelas yang mana bersandarkan undang-undang Islam yang menjadi agama rasmi negara.
Undang-undang inilah yang kini dicabar oleh penganjur, penyokong dan pejuang LGBT yang mana bersandarkan fahaman liberal.
Kita tahu bahawa golongan liberal di Malaysia ini rata-ratanya percaya bahawa pendapat dan pandangan mereka mengenai dunia dan kehidupan ini adalah lebih tepat dan benar kerana bagi mereka, minda mereka jauh lebih terbuka dan mereka jauh lebih bijak kerana mereka kebanyakannya mendapat didikan barat dan menghabiskan banyak masa di luar negara.
Bagi golongan ini, keinginan untuk melakukan seks secara songsang iaitu antara wanita dengan wanita dan lelaki dengan lelaki atau bercampur-campur adalah naluri semulajadi sesetengah manusia dan ia tidak dapat dielakkan.
Di dalam Al-Quran, ada menyebut tentang kewujudan khunsa, iaitu manusia dengan dua jantina dan golongan ini dibenarkan memilih untuk menjadi wanita atau lelaki mengikut nalurinya.  Jelas, Allah S.W.T  maha mengetahui tentang ciptaanNya dengan memperkatakan tentang golongan ini jauh lebih awal sebelum manusia menyedari kewujudan khunsa.  Kini, dengan teknologi terkini, golongan khunsa boleh mengambil pil-pil hormon tertentu untuk menjadikan mereka wanita atau lelaki sejati mengikut kecenderungan nalurinya.
Lanjutan dari itu, Al-Quran juga menceritakan  bagaimana golongan gay, lesbian dan biseksual dikutuk dan dilaknat Allah S.W.T sehingga dihapuskan terus dari muka bumi ini ketika  di zaman Nabi Luth.
Maka jelaslah bahawa walaupun Allah S.W.T menjadikan khunsa dan membenarkan mereka memilih jantina sendiri, Allah S.W.T tidak menjadikan manusia itu dengan naluri songsang semulajadi melainkan manusia itu sendiri yang sengaja membiarkan dirinya dihasut dan dipengaruhi iblis sehingga percayakan sebaliknya.
Tidak mungkin Allah S.W.T menciptakan manusia dengan naluri songsang dan kemudian melaknat mereka pula kerananya.
Namun, golongan liberal berkeras menolak hujah ini dan tetap percaya bahawa naluri seks songsang adalah semulajadi.  Kerana itu mereka bermati-matian memperjuangkan golongan LGBT atas nama hak asasi.
Hujah-hujah dari segi agama tidak mungkin diterima golongan liberal kerana bagi mereka agama itu sendiri adalah kolot.  Hujah sains bahawa segala sesuatu di dunia ini hanya boleh berfungsi dengan baik jika mengikut peraturan juga ditolak mentah-mentah kerana bagi mereka, naluri bukanlah subjek saintifik.  Keruntuhan moral, kerosakan institusi keluarga dan penyakit-penyakit kelamin yang berpunca dari seks songsang pula dianggap sebagai subjektif  dan boleh diperdebatkan.
Pendek kata, memang sukar untuk berhujah dengan manusia yang merasakan dirinya sudah cukup bijak dan sesiapa yang tidak sependapat  dengan mereka sebagai jumud, kolot atau bodoh belaka.
Golongan liberal sedang berusaha sedaya upaya untuk memaksa kita menerima dunia baru ini iaitu di mana lelaki boleh berhubungan dengan lelaki dan wanita dengan wanita atau dengan kedua-duanya sekali gus sebagai sesuatu yang hak.
Bayangkan dunia di mana seorang anak mungkin mempunyai ibu bapa yang mana kedua-duanya lelaki atau kedua-duanya perempuan.   Jika ini berlaku, tentulah definisi bapa atau ibu sebagai ‘role-model’ juga perlu ditafsir semula kerana jika ibunya adalah seorang lelaki, tentunya teladan yang ditunjukkannya tidak mampu seratus peratus menyamai ibu yang merupakan wanita.
Dan jika mereka-mereka ini pula mengaku sebagai masih teguh berpegang kepada agama Islam, tentulah lebih pelik lagi.  Bagaimana agaknya si bapa yang merupakan seorang perempuan melatih anak lelaki bersembahyang Jumaat di masjid?  Dan sudah tentulah anak itu adalah anak angkat atau anak dari ‘sumbangan’ benih lelaki lain lalu, bagaimana pula dengan soal mahram?  Bagaimana nanti soal wali dalam perkahwinan bagi anak perempuan?
Dan bolehkah kita bayangkan dunia di mana seorang lelaki yang berkahwin dua di mana isteri pertamanya lelaki dan isteri keduanya perempuan?
Kita semua sedia maklum bahawa perkahwinan dari darah daging atau keturunan yang sama akan menghasilkan zuriat yang tidak elok, iaitu tidak sempurna sifat atau tidak cergas dari segi perkembangan otaknya.  Maka, jika bayi tabung uji, ibu tumpang dan soal mahram dan wali perkahwinan semuanya sudah bercelaru dan berbelit dalam sesebuah masyarakat, bagaimana kita boleh memastikan yang tidak berlaku perkahwinan yang haram iaitu sesama mahram suatu hari nanti?
Apakah ini yang dikatakan moden, terbuka atau bijak?  Sedangkan binatang juga tahu mengelak hubungan yang kotor dan menyalahi tabie?
Selain soal keruntuhan tamadun manusia yang dibawa oleh LGBT, satu lagi perkara untuk Marina Mahathir dan golongan-golongan liberal yang sewaktu dengannya fikirkan ialah, apakah benar Ambiga, Suaram, Amnesty International, Majlis Peguam dan semua penaja-penaja Seksualiti Merdeka itu benar-benar hanya memperjuangkan hak asasi LGBT?
Jika golongan liberal ini benar-benar bijak, mereka pasti tahu bahawa ada agenda yang jauh lebih besar yang diperjuangkan penaja-penaja itu selain daripada hak asasi para penggemar seks songsang semata-mata.
Jika mereka benar bijak mereka tentu tidak akan menganggap agenda Yahudi menakluk dunia adalah satu paranoia.
Jika benar mereka bijak mereka pasti memahami peringatan Allah S.W.T melalui ayat-ayat mengenai kaum Luth dan Yahudi.
Dan jika mereka benar bijak, mereka pasti percaya pada Al-Quran yang telah terlebih dahulu memperkatakan tentang peraturan semulajadi termasuk pusingan bulan dan planet-planet yang tepat dan konsisten untuk memastikan manusia dapat terus hidup.  Pasti mereka tahu tentang hukum alam mengenai kejadian manusia yang mana perjalanan darah dan degupan jantung juga perlu konsisten dan tepat bagi membolehkan kita terus berfungsi.   Mereka pasti tahu bahawa untuk sesebuah masyarakat itu berfungsi dengan baik dan sihat, ia perlu mengikut peraturan.   Mereka juga pasti tahu bahawa menentang peraturan semulajadi dan hukum alam hanya akan mengakibatkan kemusnahan.
Justeru, mungkin golongan liberal ini perlu mengambil sedikit masa untuk berfikir sejenak sama ada mereka benar-benar bijak dan benar atau apakah kebijaksanaan dan kebenaran yang mereka sangka ada di pihak mereka, adalah ilusi di dalam minda mereka semata-mata.

Thursday, 3 November 2011

The Gentlemen Of Harvard

Have you watched the movie about the youngest billionaire, Mark Zuckerberg – the Social Network?  Gosh! I just love brilliant movies about brilliant people.   I always feel that bad movies could give me migraine if not a cardiac-arrest. 
Well, if you have watched the movie, you probably have heard a character in the movie mentioned, ‘..the gentlemen of Harvard’.   
It was a reply given by one the character to his twin brother on why they shouldn’t take action against Mr. Zuckerberg for ‘stealing’ their idea.  The argument was that, as gentlemen from one of the most prestigious university and coming from a family of status, they shouldn’t chase anybody around like little kids. 
Yeah, some may judge the character as stuck-up, but are they? 
Is choosing to be a gentleman, that is, showing good manners, be judged as stuck-up? 
In our society, these kinds of gentleman are called ‘elite’, meaning they come from a background of big-shots or highly-influential families, which are usually well-off or at least, was well-off.   In older days, these families were called ‘golongan bangsawan’.    
Nowadays, you can hardly find the elites anymore.  These elites are forced to blend in with the ‘ordinaries’ when the government opened up the once exclusive schools for the elites in the colonial days, to every Mat, Dol, Din or Minah in the surrounding areas, feldas and kampungs. 
As a result, today, any Mat, Dol, Din or Minah may become a CEO, a Country Manager, a Pilot, a Doctor or a Lawyer and own half-a-million ringgit intermediate houses up to millions of ringgit bungalows in the heart of KL or even overseas.   They may also drive cars that cost higher than the whole floor of a low-cost flat, combined.  Wealth is not exclusive for the elites anymore. 
But that’s not the issue here.  The issue is ‘good manners’. 
Regardless of our background, we should all practice good manners.  You shouldn’t necessarily have to come from elite families to have good manners. 
What do you think about a Datin selecting rolls of songket that were laid down on the floor in front of her by using her feet?  Or a Dato’ belittling and humiliating his staff with sarcastic, even dirty language?
It is irritating enough to see someone throw rubbish out of a decent car, what more a luxurious car.  It is most annoying to see a well-off, successful Engineer saying nothing to her kid’s littering the shopping mall corridor.   
Or a well-to-do kid in a hotel lobby accidentally bumped into you and just didn’t know how to say sorry and the mother following behind just didn’t care less about you or her kid’s manners?
To see a Mat Rempit or some foreign workers from the third world country behaving like that is enough to cause eyesore but to see a supposedly ‘successful’ educated Malaysians behaving like that is just sickening.
All I’m saying is that, manners are not exclusive possession of the elites.  Every Mat, Dol, Din and Minah who are now Dato’, Datin or Ir. or Dr. and all the ‘untitled’ wealthy educated Malaysians should have good manners.   
We should take pride in having manners.  You may not be a gentleman of Harvard but you can always be a gentleman of Felda, a gentleman of Kampung Ulu Chendering or something.  
As long as you are a gentleman, you are at a class of your own.